Harry Potter - Owl

17 August 2008

High School Musical The Ice Tour




Semalam saya pergi ke Stadium Putra, Bukit Jalil. Saya pergi ke sana untuk menonton High School Musical The Ice Tour. Saya membeli lampu, tetapi dulu saya pernah datang ke Stadium ini dan saya membeli lampu juga, sekarang saya ada 3 koleksi lampu dari Stadium Putra, Bukit Jalil.

10 August 2008

Parti hari jadi lisa

Hari ini saya pergi ke rumah sepupu mak saya. Nama dia Siti Allysa Suraya seperti yang sudah saya tuliskan, sekarang dia berumur 7 tahun sekarang. saya belikan dia hadiah. Saya sangat gembira dapat pergi ke sana.

09 August 2008

Sepupu saya Lisa





Ini sepupu saya. Dia berumur enam tahun. Nama dia Siti Allysa Suraya. SElalunya pada hujung minggu saya pergi bermain di rumah lisa. Tiap-tiap tahun kami pergi melihat show disney on ice bersama-sama. Saya tidak sabar untuk menonton high school musical the ice tour pada 18 August ini.

SWIMMING



Hari ini saya pergi swimming di rumah kawan mak saya di Puri Aiyu, Shah Alam.Kawan mak saya namanya Aunty Mardziah dan Aunty Azween. Swimming pool di sana sangat cantik. saya suka berenang bersama-sama dengan adik saya. Kami pergi ke sana pukul 5:30 petang dan pulang pada pukul 7:00 malam. Saya harap dapat pergi ke sana lagi lain kali.

02 August 2008

KAWAN ADIK SAYA BADRINA


Ini kawan adik saya. Nama dia badrina. Dia berusia 3 tahun. Mak dia dan mak saya bekerja di tempat yang sama. Dia tidak memakai lampin tetapi dia cuma memakai masa hendak tidur sahaja. dia minum susu memakai cawan tetapi adik saya minum susu pakai botol susu.

KAWAN SAYA LEE KERK WEN


Ini kawan saya. Nama dia Lee Kerk Wen. Dia berusia 9 tahun. Kadang-kadang dia bermain dengan saya tetapi kadang-kadang dia tidak main dengan saya kerana dia ada terlalu banyak kerja untuk dibuat. Saya sangat suka bermain dengan dia.

JIRAN SAYA HOO KAH MUN




Ini jiran saya. Nama dia Hoo Kah Mun. Dia berumur 6 tahun. Dia berbangsa cina. Dia selalu bermain dengan saya setiap petang, kadang-kadang dia tidak main kerana dia berjalan-jalan. saya sangat suka bermain cikgu-cikgu dengan dia.