Harry Potter - Owl

29 June 2008

Nenek Dan Datuk Saya Pulang Ke Kampung

Hari Ini Datuk, Saudara Dan Nenek Saya Pulang Ke Kampung. Mereka Pulang Dengan Menaiki Kapal Terbang. Kita Menghantar Dia Ke KLIA.. Hari Ini Saya Juga Print Satu Gambar Rainbow Magic. Rainbow Magic Ialah Satu Permainan. Saya Dapat, Saya Terus Warna. Bapa Saya Print Gambar Fairy Heather.


26 June 2008

Nenek Dan Datuk Saya

Nenek Dan Datuk Saya Datang Ke Rumah Saya. Mereka Berasal Dari Kelantan. Mereka Membawa Keropok Ikan Yang Saya Suka, Selipar, Pau Dan Nasi Kerabu. Mereka Datang Ke Sini Kerana Ada Kenduri Di Rumah Atuk Saudara Saya. Sepupu Mak Saya Dapat Masuk Universiti Kebangsaan Malaysia di Bangi.


25 June 2008

Adik Saya

Adik Saya Sakit Mouth Ulcer. Dia Muntah Banyak. Tadi Kita Pergi Klinik. Doktor Kata Dia Tidak Boleh Minum Susu. Dia Harus Minum 100 Plus Banyak-Banyak. Tengoklah Macam Mana Dia esok. Kesian Dia.


22 June 2008

Menghantar Ucu Ke Universiti


Hai, Hari Ini Saya, Bapa Dan Adik Saya Nak Menghantar Ucu Ke Universiti. Sebelum Itu Kami Bersarapan. Kita Bersapan Di Restoran Sugaina. Saya Dan Adik Makan Roti Telur. Bapa Saya Pula Makan Roti Bakar. Selepas Itu Kami Menghantar Ucu Ke Universiti. Selepas Menghantar Ucu, Kami Pulang. Saya Menonton Televisyen Cerita Totally Spies.

21 June 2008

Berhenti Sekolah Agama

Saya Berhenti Sekolah Agama Sebab Saya Penat. Setiap Pagi Saya Akan Menangis Kerana Saya Penat. Mula-Mula Saya Cuba Ponteng. Pagi Itu Saya Tidak Menangis. Kerana Itulah Saya Berhenti Sekolah Agama. Nama Sekolah Agama Saya Ialah Sekolah Agama Kafa. Di Sana Ada Banyak Budak Yang Jatuh. Sampai Ada Yang Terluka Tangan Kerana Ada Budak Yang Bawak Pisau. Saya Pun Pernah Jatuh Di Sana. Saya Jatuh Semasa Hari Peperiksaan. Kaki Saya Luka. Ada Budak Yang Berlari Belakang Saya Dan Dia Terkena Saya. Saya Terus Jatuh. Hari Itu Hari Peperiksaan Yang Ke-2. Kawan Saya Beritahu Kepada Ustazah. Ustazah Saya Bernama Zaleha. Di Sekolah Kebangsaan Saya Ada Juga Belajar Agama. Di Sekolah Kebangsaan Saya Belajar Subjek Yang Sama Seperti Di Sekolah Agama.

Hi, Everybody!

Hi, nama saya Yasmin. Saya baru cabut gigi hari Khamis lepas, 19Jun2008. This is my new blog.